Tuesday 20 December 2011

Ikhlas...mudah untuk diucapkan,tetapi sukar untuk dilalui~

Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.


Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.



Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.


Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.


Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.



Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.



Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.



Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.



Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.



Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.



Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.

Usah di kenang cinta yang lalu~

Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..

p/s:...tersentuh hati mek bila bca tok...huhuuuuuuuuu....=(

kata2 untuk hari ni~

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...DaN BerDoa Lah..Ya Allah..andai dia bukan milikku..jauhkan lah hatinya dan hatiku..butakan lah hatiku untuk merindui dia..untuk mengingati dia..menyayangi dia..lupuskan lah dia dari ingatanku.... ..

Sunday 11 December 2011

Cinta tak seharusnya memiliki,,..

Saat kau pergi...berlinangan air mataku mengalir...tanpa henti..
tanpa kawalan...tak terungkap dengan kata2 betapa sakit yang aku rasakan pda saat itu...
hanya linangan air mata yg mampu mengungkapkan segala kepedihan..kesakitan...kekecewaan yang aku rasakan...
kebahagiaan saat bersamamu amat bermakna di dalam perjalanan hidup yg pernah aku tempuhi...
benar2 tak d sangka betapa singkatnya saat itu....
dan sungguh benar2 ku x menyangka bahawa kau akan pergi dariku dan hadiahkan sbuah kedukaan yg amat hebat bagiku...
urmmmm...tapi kini aku sedar...aku redha...semua yg terjadi ada hikmah d sebaliknya...

kata2 yg membuatkan driku bersemangat...ske word ni...:
Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita perlahan-lahan...Dengan kekuatan yang ada , kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan d hati...Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang membuatkan kita kosong di dalam meniti hari...Namun apa yang kita tahu dia tetap pernah bertakhta di hati walau kita belajar melupakannnya....

Namun ku akan terus menyayangimu setulus hatiku biar menjadi bekas di dalam jiwa hingga satu saat , masa ,dan waktu..tiada lagi cinta untuk drimu...<3

Thursday 8 December 2011

Lara Lagi~....sbar la syg..bahgia psti sdang menunggumu~...

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...

Sunday 4 December 2011

someone like you~...=)

I heard, that your settled down. 
That you, found a girl and your married now. 
I heard that your dreams came true. 
Guess she gave you things, I didn't give to you. 

Old friend, why are you so shy? 
Ain't like you to hold it back or hide from the light. 

I hate to turn up out of the blue uninvited. 
But I couldn't stay away, I couldn't fight it. 
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded, 
That for me, it isn't over. 

Nevermind, I'll find someone like you. 
I wish nothing but the best, for you too. 
Don't forget me, I beg, I remember you said:- 
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead" 
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah. 

You'd know, how the time flies. 
Only yesterday, was the time of our lives. 
We were born and raised in a summer haze. 
Bound by the surprise of our glory days. 

I hate to turn up out of the blue uninvited, 
But I couldn't stay away, I couldn't fight it. 
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded, 
That for me, it isn't over. 

Nevermind, I'll find someone like you. 
I wish nothing but the best for you too. 
Don't forget me, I beg, I remember you say:- 
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead", yay. 

Nothing compares, no worries or cares. 
Regret's and mistakes they're memories made. 
Who would have known how bittersweet this would taste? 

Nevermind, I'll find someone like you. 
I wish nothing but the best for you. 
Don't forget me, I beg, I remember you said:- 
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead" 

Nevermind, I'll find someone like you. 
I wish nothing but the best for you too. 
Don't forget me, I beg, I remembered you say:- 
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead" 
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yay yeh yeah.