Monday 21 January 2013

Jika Rindu...

Jika rindu ini bertatah lagi,.aku harap biarlah untuk Al-Qayyum..
Andai rindu ini menarik resah,.kepadaMu aku pasrah..
Andai pencarian ini masih belum kutemui,..
Ya Allah damaikanlah hati,..
Kembara cinta ini tidak kuharap bersemi dengan serakah..
Cinta kepadaMu Ya Rahman destinasi kasih terlaksana..
Kasih diberi,.cinta dicari tak sama dengan gerak geri...
Hasil diperolehi ,.kesan melakar diri,.rupanya bayangan duniawi,..
Kuntuman bunga pada kata-kata yang bukan hakikat...
Seri kelopak mawar pada bibir yang bijak bertongkah sifat..
Kening dikerut,..minda bertaut bertanyakan dia..
Biarlah resah menarik sepi...
Biarlah kecewa meratap pergi..
Biarlah kasih mengikat diri..
Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu..
Serikanlah taman hati,..bukan pada fikirku tapa pada redhaMu...

Tuesday 8 January 2013

Ujian itu tarbiyah,.Sabar itu indah.



KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Monday 7 January 2013

SAYA RINDU..

1) Bila saya rindukan awak, air mata saya pasti luruh.Saya cuba berhenti menangis hanya dengan menyebut nama awak. Tapi kerinduan di hati saya tetap sama. Jadi saya cuba tersenyum untuk tenangkan hati. Tahukah awak, tiada siapa rindukan awak lebih daripada saya. I miss you.

2) Perasaaan rindukan seseorang yang istimewa di hati sangat bermakna. Tapi ianya lebih bermakna dan istimewa bila seseorang itu juga merindukan kita. Do you miss me?

3) Tiada sebab istimewa untuk mesej ni. Hanya ingin mencuri sedikit masa dari kehidupan awak yang sibuk seharian. Saya harap mampu buat awak tersenyum walaupun seketika bila saya katakan saya rindukan awak. Miss u a lot.

4) Saya harap suatu hari nanti awak akan sangat-sangat merindukan saya. Dan waktu tu walau betapa susah awak cuba mencari saya, awak tetap takkan dapat berjumpa saya. Kerana saya nak awak rasa betapa peritnya merindui seseorang yang tiada di sisi saat kita merinduinya. Right now, i miss you badly.

5) Awak muncul dalam fikiran saya pada waktu pagi, Petang dan malam. Kadang-kadang saya berharap dapat lihat awak setiap saat. Saya tahu saya agak keterlaluan merindui awak. Miss you dear.

6) Satu ucapan 'selamat tinggal' mampu buatkan kita menangis. Satu cerita 'lucu' mampu buatkan kita ketawa. Satu tingkah laku seperti 'mengambil berat' mampu buatkan seseorang jatuh cinta. Dan saya harap satu mesej saya mampu buatkan awak mengingati saya. I miss you so much.

7) Saya rindukan awak pada setiap degupan jantung saya. Saya rindukan awak setiap kali saya mengelipkan mata. Saya rindukan awak pada setiap saat. Dan saya rindukan awak pada setiap hari. Dear, i miss you.
Al- Binadak (Seruan hatiku)

Hanya padamu... 
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu  


# Fall In Love dgn lagu ni,.hati rasa sayu n sebak je bila dgr sora Fares ni kan. Maksud lagu dia pun mendalam.Love it.. SubhanAllah.. :)

Friday 14 December 2012

C.I.N.T.A.

Setiap manusia di dunia ni ada kisah cinta dan jalan cinta yg berbeza- beza,.ada yg indah,.ada juga yg x bernasib baik dlm hbungn cintanya.Itu semua lumrah dunia,tak semuanya indah dan tak semuanya sempurna seperti yg diimpikan.Sebelum munculnya pelangi yg begitu indah dan cantik,.pasti ada hujan yg turun membasahi bumi,.begitu jugalah cinta. Tanpa dugaan dan cabaran,.tidak akn dtangnye kebahgiaan yg begitu indah.. (betul ke ayt sye ni,.hehe.. lantak lah). Dalam hidup ni,.aku juga menyimpan keinginan di hati yg menginginkan kisah cinta yg indah dan sempurna seperti kisah cinta dlam drama,. menarik sangat2 kan,.endingnya semua indah2 belaka.,.aku cuma insan biasa,.juga suka memasang angan yang tinggi menggunung. Pengaruh drama lah katakan.. :))...

Kisah cinta dlam drama sememangnya indah,.sebab ianya direka oleh manusia,.manusia biasa seperti aku juga kan,.sebab tu lar jlan cerita dia cukup menarik,. tapi harus di ingat,.kisah cinta kita pula direka oleh Allah S.W.T...  "Manusia merancang dengan cita-cita,tetapi Allah merancang dengan penuh kasih sayang dan cintanya". So,.bersabar la duhai hati,.walau kisah cintamu tidak seindah dan sempurna seperti yang diinginkan,setiap dugaan tu datangnye dari Allah."Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita,maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka.. hadiah tidak semestinya berbungkus dengan bahagia,kadang2 ia berbungkus dengan ujian.. tetapi di dalamnya ada hikmah."Pujuklah hati yg sedang berduka,.ingatlah Allah.. masih bnyak lagi perkara lain di dunia ini yang perlu kita fikirkan selain dari mengejar cinta duniawi. Sesungguhnya cinta yang hakiki itu hanyalah cinta pada yang maha Esa. Subhanallah... :))


Tuesday 2 October 2012

=(

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha besar,.maha berkuasa,maha pengasih lagi maha penyayang,...
Engkau maha mengetahui segalanya ya Allah... dan hanya engkau yang memahami segala kepedihan,.kekecewaan,.kedukaan dan kesakitan yang aku alami saat ini ya Allah,... kepadamu aku berserah,.dan kepadamu aku memohon segala kekuatan untuk ku mengharungi dan menghadapi segala ujian mu ya Allah,. ya Allah ya tuhanku sesungguhnya segala apa yang terjadi ini adalah dari mu ya Allah,.. Engkau telah kurniakan aku kebahgiaan,. dan Engkau juga berhak untuk mengambilnya kembali ya Allah..Aku hanya hambamu yang penuh dengan khilaf dan dosa ya Allah,. pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai ya Allah.
Jangan biarkan aku hanyut dengan kesedihan ya Allah,.. kuatkan imanku ya Allah,.. Jika dengan melepaskan nya adalah yang terbaik ,..maka bantulah aku ya Allah,.permudahkanlah untukku melupakannya ya Allah.. hapuskan segala rasa cintaku ,.sayangku,.kasihku dan rinduku padanya ya Allah. Kikiskan lah pesonanya dari mataku ya Allah,. jangan biarkan aku terus jatuh hati padanya ya Allah. Jatuhkan lah hatiku hanya pada cintamu ya Allah.

Wednesday 20 June 2012

Ya Allah...bersihkanlah hatiku ya Allah,.berikanlah aku ketenangan..tenangkan jiwaku ya Allah,.berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yg telah engkau berikan ya Allah...isikanlah hatiku dgn iman,.ketabahan dan kesabaran dlam mngahadapi segala dugaan dan rintangan yg harus aku tempuhi dlam hidupku ya Allah.. aku tidak layak untuk memintaMu meringankan beban dihatiku ya Allah... aku cuma inginkan kekuatan ... hanya engkau yg maha mengetahui segala isi hatiku ya Allah...dan hanya engkau yg maha mngetahui segala apa yg terbaik untuk hambamu ini ya Allah...
Mudah-mudahan berkat kesabaranku akan ada pengakhiran yg terbaik untuk diriku ya Allah..Aminnnn...