Monday 7 January 2013

SAYA RINDU..

1) Bila saya rindukan awak, air mata saya pasti luruh.Saya cuba berhenti menangis hanya dengan menyebut nama awak. Tapi kerinduan di hati saya tetap sama. Jadi saya cuba tersenyum untuk tenangkan hati. Tahukah awak, tiada siapa rindukan awak lebih daripada saya. I miss you.

2) Perasaaan rindukan seseorang yang istimewa di hati sangat bermakna. Tapi ianya lebih bermakna dan istimewa bila seseorang itu juga merindukan kita. Do you miss me?

3) Tiada sebab istimewa untuk mesej ni. Hanya ingin mencuri sedikit masa dari kehidupan awak yang sibuk seharian. Saya harap mampu buat awak tersenyum walaupun seketika bila saya katakan saya rindukan awak. Miss u a lot.

4) Saya harap suatu hari nanti awak akan sangat-sangat merindukan saya. Dan waktu tu walau betapa susah awak cuba mencari saya, awak tetap takkan dapat berjumpa saya. Kerana saya nak awak rasa betapa peritnya merindui seseorang yang tiada di sisi saat kita merinduinya. Right now, i miss you badly.

5) Awak muncul dalam fikiran saya pada waktu pagi, Petang dan malam. Kadang-kadang saya berharap dapat lihat awak setiap saat. Saya tahu saya agak keterlaluan merindui awak. Miss you dear.

6) Satu ucapan 'selamat tinggal' mampu buatkan kita menangis. Satu cerita 'lucu' mampu buatkan kita ketawa. Satu tingkah laku seperti 'mengambil berat' mampu buatkan seseorang jatuh cinta. Dan saya harap satu mesej saya mampu buatkan awak mengingati saya. I miss you so much.

7) Saya rindukan awak pada setiap degupan jantung saya. Saya rindukan awak setiap kali saya mengelipkan mata. Saya rindukan awak pada setiap saat. Dan saya rindukan awak pada setiap hari. Dear, i miss you.

No comments:

Post a Comment